Mengenai Saya

Foto saya
SOLO, JAWATENGAH, Indonesia
Alhamdulillah dipercaya sebagai seorang guru, masih dan akan selalu belajar agar senantiasa menjadi lebih baik.

Rabu, 22 Februari 2012

SHOLAT QASAR DAN JAMA'


 Menunaikan sembahyang qasar dan jama', bukanlah suatu pekerjaan yang sengaja
diada adakan oleh Nabi saw, para sahabat atau para ulama selepas mereka,
tetapi ia adalah arahan dari Allah swt sebagaimana firmanNya: "Dan apabila
kamu belayar (musafir atau berpergian) di muka bumi, maka tidaklah mengapa
untuk kamu mengqasar sembahyang (kamu)". AN NISA', 4:101.

Nabi Muhammad saw, para sahabat, para tabiin dan tabiut attabiin (salaf as
soleh) tidak pernah meninggalkan sembahyang qasar, begitu juga dengan orang
orang Islam yang benar benar berpegang dengan sunnah, kerana sembahyang
qasar ini adalah kurnia Allah swt kepada hambaNya yang beriman sebagaimana
hadith Nabi saw: "Bahawasanya Omar ra telah bertanya kepada Rasulullah saw
tentang sembahyang qasar dalam suasana semua manusia berkeadaan aman damai?
Maka Rasulullah menjawab dengan sabdanya : Sembahyang qasar adalah sedekah
yang dikurniakan Allah kepada semua, maka terimalah oleh kamu sedekahNya
itu". H/R Jamaah, kecuali al-Bukhari.

"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahayang". Al hadith.
Dari hadith ini, kita boleh fahami bahawa penentuan cara bersembahyang
qasar, bentuk, waktu, tempat, rukun dan syaratnya adalah hanya dengan
mencontohi sembahyang Nabi Muhammad saw.

Walaupun al Quraan telah
memerintahkan bersembahyang, tetapi al Quraan tidak mengajarkan cara
caranya, kerana jika hanya berpandukan kepada kitab tersebut semata mata ia
tidak mengkhususkan sama ada bersembahyang hanya dua rakaat seperti mana
yang dilakukan oleh kaum kaum sebelum Nabi Muhammad saw yang hanya
bersembahyang dua rakaat sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi saw di
hadith beliau di bawah ini: "Dari 'Aisyah ra beliau berkata : Sembahyang
yang pertama kali difardukan ialah dua rakaat, kemudian ditetapkan
sembahyang dalam perjalanan (dua rakaat itu) dan disempurnakan sembahyang
orang yang menetap (selain orang musafir)". Muttafaq 'alaih.

Dan hadith dari Aisyah beliau berkata "Kemudian setelah Nabi saw berhijrah,
lalu difardukan sembahyang empat rakaat". H/R al Bukhari.
Dalam memperkatakan sembahyang qasar dua rakaat, Imam Ahmad mengecualikan
sembahyang Magrib, kerana magrib difardukan tiga rakaat, kerana sembahyang
magrib adalah witir siang sebagaimana keterangan dari hadith Nabi yang
masyhur, maka sembahyang Magrib tidak boleh diqasarkan kepada dua rakaat.

"Dari Aisyah berkata : Sembahyang ketika diwajibkan di Mekkah dua rakaat dua
rakaat, kemudian setelah Rasulullah saw berhijrah ke Madinah ditambah pada
setiap dua rakaat dua rakaat lagi, kecuali sembahyang Magrib, kerana ia
adalah sebagai sembahyang witir siang hari, dan sembahyang fajar (Subuh)
kerana panjang bacaannya. Dan jika beliau belayar (berpergian) maka beliau
kerjakan sembahyang yang pertama (dua rakaat) iaitu sebagaimana sembahyang
yang dikerjakan di Mekkah". H/R Ahmad, al Baihaqi, Ibn Habban dan Ibn
Huzaimah, kesemua perawinya dipercayai (           ) .

"Dari Ibn Omar beliau berkata : Semasa aku menemani Nabi saw, sembahyang
beliau semasa musafir tidak lebih dari dua rakaat, dan begitu juga dengan
Abu Bakar, Omar dan juga Osman". Muttafaq 'alaihi.
"Dari Aisyah beliau berkata : Allah mewajibkan sembahyang ketika
mewajibkannya ialah dua rakaat dua rakaat di kediaman (tidak belayar) atau
semasa musafir. Kemudian sembahyang itu ditetapkan (dua rakaat dua rakaat)
bagi musafir dan diberi penambahan bagi yang tidak musafir". H/R al Bukhari
dan Muslim.
Hadith di atas menunjukkan wajibnya qasar semasa musafir atau semasa di
dalam pelayaran, kerana pada hadith sahih dari Aisyah yang diriwayatkan oleh
Ahmad di atas terdapat kalimah (             ) "telah difardukan atau
diwajibkan". Imam at Thobraniy meriwayatkan dalam kitab (         ) sebuah
hadith dari Ibn Omar, iaitu Nabi saw bersabda:
"Sembahyang orang musafir itu dua rakaat yang diturunkan dari langit, maka
sebaiknya kamu kembalikanlah keduanya (sebagai mana perintah dari langit)".
H/R At Thobraniy. Menurut al Haisyamiy : "Semua perawi hadith ini dipercayai
."(      )
Imam at Thobraniy juga telah meriwayatkan lagi sebuah hadith yang kesemua
perawinya menepati sebagai perawi hadith yang sahih:
"Sembahyang dalam pelayaran (perjalanan) itu dua rakaat, sesiapa yang
menyalahi sunnah itu, maka kafirlah dia". H/R At Tobraniy.
Hadith hadith di atas telah disokong (dikuatkan) lagi dengan sabda Nabi saw:
"Dari Ibn Omar beliau berkata : Bahawa Allah menyukai jika dilaksanakan
sesuatu yang telah diizinkanNya (diberi keringanan) sebagaimana Allah
membenci (terhadap seseorang) yang melakukan pelanggaran maksiat (perkara
yang dilarangNya)". H/R Ahmad.

Berkata al Khitabi : "Kalangan Ulama as Salaf dan ahli ahli fiqh di masa
itu, menekankan bahwa sembahyang qasar adalah wajib. Ini bersandarkan
(berpandukan) dengan kata kata Ali, Omar, Ibn Omar dan Ibn Abbas. Begitu
juga melalui riwayat Omar bin Abdulaziz, Qatadah dan al Hasan". Berkata
Humad bin Sulaiman : "Diulang semula sembahyang sesiapa yang mengerjakan
sembahyang empat rakaat di dalam musafir". Berkata Imam Malik : "Diulang
semula selagi ada waktu". (Nailul autar, M/S 245, Jlld,2. as Syaukaniy).
Pelayaran atau perjalanan yang jauh sering menghadapi kesulitan, sering
menempuh berbagai masaalah dan rintangan, sehingga Nabi Muhammad saw
mengumpamakan musafir itu sebagai sebahagian dari azab, sebagaimana hadith
beliau:

"Dari Abi Hurairah beliau berkata : Bersabda Rasulullah saw : Musafir itu
adalah sebahagian dari azab yang menghalangi seseorang itu dari tidur, makan
dan minum (secara yang sempurna). Maka oleh kerana itu apabila seseorang
telah selesai keperluannya dalam pelayaran, hendaklah segera pulang
kepangkuan keluarganya". H/R Ahmad, al Bukhari, Muslim dan Ibn Majah.
Untuk meringankan kesulitan, maka Allah swt telah memberi kelunggaran
kepada orang orang yang beriman supaya mengqasarkan sembahyang mereka semasa
musafir atau semasa berpergian, malah sembahyang qasar ini juga telah
dijadikan sedekah (hadiah) oleh Allah kepada hamba hambaNya yang beriman
disamping ia telah diwajibkanNya.


BILA DAN BERAPA JARAK WAJIB QASAR DAN JAMA'?.
Tiada sesiapa yang berhak untuk menentukan bila dan berapa jauh jarak
perjalanan yang membolehkan seseorang itu bersembahyang qasar dan jama'
kecuali Allah dan RasulNya, maka apabila terdapat perselisihan pendapat
dalam hal ini, wajiblah dikembalikan penyelesaiannya kepada kitab Allah dan
sunnah rasulNya, sebagaimana firman Allah:
"Tentang suatu apapun yang kamu perselisihkan, maka pemutusnya
(penghukumannya) hendaklah dikembalikan kepada Allah". ASY SYURA, 42:10.
"Maka jika berlaku perselisihan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah
ia kepada Allah(al Quraan) dan Rasul ( Sunnahnya) Jika kamu benar benar
beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (baik
bagimu) dan lebih baik akibatnya". AN NISAA' , 4:59.
Maka hanya dengan mengembalikan kepada Allah dan RasulNya sahaja kita akan
mendapat jawapan yang tepat dan betul, tetapi sebaliknya kalau dikembalikan
kepada pendapat manusia pastinya ia akan menjadi perselisihan yang
berterusan tanpa penghujungnya, kerana hanya wahyu Allah dan sabda RasulNya
sahaja yang tidak akan bertentangan diantara satu dengan yang lain, perkara
ini telah ditegur oleh Allah dengan firmanNya:

"Dan jika sekiranya (al Quraan) itu bukan dari sisi Allah, sudah pasti
mereka akan mendapati di dalam (al Quraan tersebut) perselisihan yang
banyak". AN NISAA', 4:82.
Dengan penjelasan ayat ayat di atas, maka sebenarnya tidak akan terdapat
sembarang perselisihan dalam bab qasar dan jama' ini begitu juga dengan bab
bab hukum ahkam yang lain, maka hadith hadith sahih yang memperkatakan
tentang sembahyang qasar ini yang menjadi panduan kita ialah seperti
berikut;
"Dari Anas bahawasanya beliau menjawab semasa ditanya tentang sembahyang
qasar diantara Basrah dan Kufa : Dahulu Rasulullah saw jika berpergian
sejauh tiga batu atau sefarsakh beliau sembahyang dua rakaat". H/R Ahmad,
Muslim dan Abu Daud. Menurut Ibn Hajar, hadith ini tergolong hadith yang
paling sahih.
Menurut Ulama Fiqh, satu farsakh ialah tiga batu, ini diambil mengikut jarak
kiraan Parsi, iaitu satu farsakh berukuran sejauh tiga batu, dengan anggaran
apabila masih dapat dilihat (kelihatan) pergerakan seseorang yang jauh di
tanah datar tetapi tidak dapat dikenali lelaki atau perempuan.
Penjelasan ini disamping dapat dikuatkan dengan hadith di atas, ia juga
dapat difahami melalui hadith di bawah ini:


"Dari Abi Sa'id beliau mengatakan : Sesungguhnya Rasulullah saw apabila
musafir sejauh satu farsakh, maka beliau mengqasar sembahyangnya". H/R Sa'id
bin Mansur.
Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Abu Daud di atas adalah
hadith yang paling sahih, dan ia dikuatkan lagi dengan hadith riwayat Sa'id
bin Mansur. Maka tidak selayaknya kita menta'wilkan atau membuat andaian
pada hadith hadith di atas, sebagaimana ada golongan yang mengandaikan :
"Mungkin Nabi saw mahu belayar lebih jauh dari itu, tetapi setelah berjalan
sejauh tiga batu lalu masuk waktu, maka ia terus mengqasarkan
sembahyangnya". Andaian seperti ini tidak diizinkan oleh syarak.

Ada yang menolak hadith di atas dengan hadith dari Anas bin Malik, yang mana
Nabi saw telah bersembahyang qasar di Dzulhulaifah, yang jaraknya tujuh batu
dari Madinah. sebagaimana hadith dibawah:
"Dari Anas bin Malik ra beliau berkata : Aku bersembahyang Zhuhur bersama
Rasulullah di Madinah empat rakaat, dan bersembahyang di Dzulhulaifah dua
rakaat". H/R Muslim.

Hadith dari Anas ini tidak bertentangan dengan hadith riwayat Muslim di atas
yang juga merupakan hadith dari Anas, sebaliknya hadith ini telah menguatkan
lagi hadith tersebut, kerana jika perjalanan sejauh tiga batu sudah
diizinkan mengqasar sembahyang, maka tentunya perjalanan yang lebih jauh
dari itu (yaitu tujuh batu) sudah tiada halangan lagi untuk mengqasarkan
sembahyang. Lagipun tidak terdapat pensyaratan pada mana mana hadith atau
pada semua hadith hadith tentang sembahyang qasar perintah dari Nabi yang
berupa : "Kalau mahu berqasar atau mengqasarkan sembahyang semasa musafir
mestilah kerana kamu hendak musafir jauh, atau kerana mahu musafir yang lama
atau juga kerana mahu menunaikan haji dan sebagainya". Pensyaratan begini
yang bukan dari syarak atau diambil contoh panduannya dari syarak, maka
syarat tambahan seperti ini tetap (terpaksa) ditolak. Dan dari hadith hadith
sahih di atas telah jelas membuktikan, bahawa apabila seseorang berpergian
setelah jaraknya melebihi tiga batu dari tempat ia bermuqim, tidak terdapat
satupun nas yang melarang untuk mengqasar sembahyangnya, malah yang
menunjukkan ke arah berbuat begitu (mengqasar dan menjama' sama ada taqdim
atau takhir) sudah jelas terdapat hujjah dan contohnya dari syarak untuk
kita jadikan panduan.

MENGAPA 'UTHMAN TIDAK MENGQASAR SEMBAHYANGNYA?
Terdapat tiga buah hadith yang diriwayatkan oleh al Bukhari telah menyentuh
(memperkatakan) "SEMBAHYANG 'UTHMAN DI MINA', yang mana hadith hadith
tersebut dengan jelas sekali menceritakan bahawa 'Uthman bin 'Affan r.a
tidak mengqasarkan sembahyangnya semasa di Mina, begitu juga dengan Aisyah
r.a isteri Rasulullah saw yang telah mengikuti cara sembahyang 'Uthman r.a,
sebagaimana yang terdapat di hadith al Bukhari yang tercatit di bawah ini:
"Dari Nafi', dari Abdullah r.a beliau berkata : Aku bersembahyang bersama
Nabi saw di Mina dua rakaat, begitu juga dengan Abu Bakar, Omar dan 'Uthman
diawal pemerintahan beliau. Ternyata beliau menyempurnakan sembahyangnya
(empat rakaat).

"Dari Ibrahim berkata : Aku mendengar Abdulrahman bin Yazid berkata : Kami
bersembahyang bersama 'Uthman bin 'Affan r.a di Mina empat rakaat".
"Berkata az Zuhri : Maka aku bertanya kepada 'Urwah : Apakah yang membuat
Aisyah menyempurnakan sembahyangnya? Beliau berkata : Ditakwil
(dilaksanakan) sebagaimana perlaksanaan "Uthman (empat rakaat)".
 Hadith hadith di atas telah menimbulkan persoalan, tetapi ia dapat
diselesaikan dan dijawab dengan ringkas melalui beberapa jawapan sahaja,
yaitu:
Pertama: 'Uthman bersembahyang empat rakaat di Mina kerana pada masa beliau
mendirikan sembahyang tersebut beliau bukan lagi boleh dianggap sebagai
seorang yang musafir, tetapi sebaliknya, beliau telah dianggap sebagai
seorang yang telah bermukim, penjelasan ini dapat diambil dari riwayat Mu'
ammar dari az Zuhri, bahawasanya 'Uthman bersembanyang empat rakaat di Mina
lantaran beliau telah bertekad untuk menetap di situ setelah selesai
mengerjakan haji.

Dan telah diriwayatkan dari Yunus dari 'Uthman bahawa
setelah beliau selesai menjalankan tugas mengutip harta negara dari Taif,
beliau mengambil keputusan menetap di Mina, maka beliau bersembahyang di
situ empat rakaat sebagaimana cara bersembahyang bagi orang orang yang
menetap (bermukim bukan musafir). Dan diriwayatkan juga oleh Mughira dari
Ibrahim beliau berkata : 'Uthman bersembahyang empat rakaat kerana telah
mengambil keputusan untuk menetap di Mina. Lihat M/s.119, jilid 7.


Kedua: Dalam persoalan Aisyah r.a pula, beliau telah mengikuti jejak
'Uthman, yang mana beliau dengan jelas mengakui melakukan "mengerjakan
sembahyang sebagaimana 'Uthman melakukannya" iaitu dalam keadaan mukim (niat
menetap), maka telah jelas dalam syara' bahawa setiap musafir yang telah
berniat untuk menetap atau bermukim, tidak diwajibkan lagi bagi mereka untuk
mengqasarkan sembahyang mereka. Begitu juga, adalah amat mustahil jika
Aisyah mengucapkan kata kata, melakukan sesuatu perbuatan dan amalan yang
bertentangan dengan beberapa hadith sahih yang beliau sendiri riwayatkan,
yang mana hadith hadith beliau itu telah menjelaskan akan wajibnya orang
orang yang musafir mengqasarkan sembahyang mereka. Maka dengan demikian
hadith hadith di atas tidak bertentangan dengan hadith hadith sahih (yang
bersangkutan dengan hukum sembahyang musafir atau qasar), kerana hadith
hadith di atas tidak ada kena mengena (bersangkut paut) dengan hukum
sembahyang qasar semasa musafir.


MENJAMA'KAN SEMBAHYANG QASAR
 Berkenaan sembahyang qasar yang dilakukan oleh Rasulullah saw, beliau
menjama'kan dua rakaat dua rakaat dalam salah satu waktu dari kedua waktu
sembahyang yang telah difardukan, iaitu untuk sembahyang dua waktu
dikerjakan dalam satu waktu secara dua rakaat dua rakaat (kecuali Magrib,
tetap disempurnakan dengan tiga rakaat) yang mana sembahyang seperti ini
telah diistilahkan sebagai sembahyang "jama' qasar". Ia dilakukan sama ada
jama' takhir atau taqdim, sebagaimana yang boleh kita fahami dari hadith
hadith sahih di bawah ini:

"Dari az Zuhri beliau berkata : Aku diberitahu oleh Salim dari Abdullah bin
Omar r.a ia berkata : Aku melihat Rasulullah saw apabila tergesa gesa untuk
musafir, beliau melambatkan sembahyang Magrib, kemudian menjama'kan
sembahyang Magrib itu dengan 'Isya'. Salim berkata : Abdullah juga berbuat
begitu apabila tergesa gesa untuk berpergian (musafir)". H/R al Bukhari.
"Berkata Salim : Ibn Omar r.a menjama' antara sembahyang Magrib dan 'Isya'
di Muzdalifah". H/R al Bukhari.
"Sesungguhnya Nabi saw sewaktu perang Tabuk, sentiasa menjama' sembahyang
Zuhur dengan 'Asar jika berangkatnya di waktu sudah tergelincir matahari,
tetapi apabila berangkatnya sebelum matahari tergelincir maka sembahyang
Zuhur pula beliau lambatkan (tunda), dan dijama'kan sekali dengan 'Asar.

Begitu juga untuk sembahyang Magrib, yang kalau beliau berangkat sesudah
matahari terbenam, di jama'nya Magrib dengan 'Isya', tetapi kalau
berangkatnya itu sebelum matahari terbenam, ditinggalkannya Magrib sehingga
ke waktu 'Isya' dan dijama'nya dengan sembahyang 'Isya'". H/R Abu Daud dan
at Turmizi.
"Dari Mu'adz bahawa Nabi saw melambatkan (melewatkan atau menunda)
sembahyang beliau di waktu perang Tabuk dan pergi keluar, kemudian
menunaikan sembahyang Zuhur dan 'Asar secara jama'. Setelah itu beliau
masuk, kemudian beliau pergi lagi dan menunaikan sembahyang Magrib dan 'Isya
' secara jama' juga". H/R Malik.

"Dari Anas r.s beliau berkata : Selalunya Rasulullah saw apabila mahu
berpergian sebelum matahari tergelincir, beliau melewatkan Zuhur ke waktu
'Asar, kemudian menjama' keduanya". Mutafaq 'alaihi.
 "Selalunya Rasulullah saw apabila mahu menjama' diantara dua waktu
sembahyang dalam masa sedang berpergian, beliau akan melambatkan sembahyang
Zuhur dan bersegera pula apabila tiba waktu 'Asar, kemudian menjama'kan
keduanya". H/R Muslim.


"Dari Anas beliau berkata : Sesungguhnya Rasulullah saw apabila telah
berangkat dalam suatu perjalanan sebelum tergelincir matahari, maka beliau
melambatkan (menunda) sembahyang Zuhurnya sehingga ke wakktu 'Asar, kemudian
beliau turun (berhenti singgah sebentar) lalu menjama'kan antara kedua dua
wakktu tersebut. Dan jika matahari telah tergelincir sedangkan beliau belum
berangkat, maka beliau menunaikan Zuhur terlebih dahulu, kemudian barulah
pergi menaiki kenderaannya". Mutafaq 'alaihi.
Dari hadith hadith di atas, jelaslah kepada kita semua bahawa apabila
seseorang telah keluar musafir atau berpergian yang telah melebihi tiga batu
(satu farsakh) maka diwajibkan kepada mereka mengqasar sembahyangnya, dan
diwajibkan juga menjama'kan sembahyangnya jika perjalanannya mengambil waktu
waktu sembahyang yang perlu dijama' taqdim atau tahkir, sebagaimana yang
telah dilakukan oleh Nabi Muhammad saw dan para sahabat beliau. Inilah
pekerjaan yang paling disukai oleh Nabi saw sebagaimana sabda beliau:
 "Dari Jabir r.a beliau berkata : Rasulullah saw bersabda : Semulia mulia
ummatku ialah mereka mereka yang apabila bersalah mereka meminta ampun, dan
apabila mereka berpergian, mereka mengqasar sembahyang mereka dan berbuka
(jika mereka berpuasa). H/R at Thobrani.


NIAT QASAR SEBELUM MUSAFIR
 Seseorang yang telah berniat dan bersiap siap untuk musafir dibolehkan
mengqasarkan sembahyangnya semasa di rumah (sebelum berangkat) sebagaimana
hadith Nabi Muhammad saw dibawah ini:
 "Dari Ibn Abbas beliau berkata : Mahukah kamu saya khabarkan cara
Rasulullah saw bersembahyang di waktu musafir? Kami berkata : Sudah pasti
mahu! Beliau berkata : Jika selagi di rumah matahari telah tergelincir,
beliau jamak sembahyang Zuhurnya dengan 'Asar sebelum berangkat, tetapi jika
belum tergelincir, maka beliau berangkat sehingga sampai waktu 'Asar beliau
berhenti lalu menjamak sembahyang Zuhur dengan 'Asar. Begitu juga jika
selagi beliau di rumah waktu Magrib sudah masuk, beliau jamak sembahyang
Maghrib itu dengan 'Isyak, tetapi kalau waktu belum lagi masuk, beliau terus
sahaja berangkat dan setelah waktu 'Isyak tiba, beliau berhenti untuk
menjamak sembahyang Maghrib dan 'Isyak".

H/R Ahmad dan as Syafeii.
"Dari Ibn Abbas beliau berkata : jika beliau berangkat sebelum matahari
tergelincir, diundurkannya sembahyang Zuhur sehingga ke waktu 'Asar dan
dijamakkannya sembahyang Zuhur dengan 'Asar". H/R al Baihaqi.
 Hadith di atas ini selain menjelaskan bolehnya menjamak sembahyang semasa
di rumah jika berniat untuk musafir, juga juga menjelasakan cara menjamakkan
sembahyang secara taqdim atau takhir. Diantara hadith hadith yang
menjelaskan sembahyang taqdin dan takhir ialah:-

"Saya pernah bersembahyang bersama Rasulullah saw di Madinah lapan rakaat
(Zuhur dan 'Asar) dengan menjamakkan keduanya, dan tujuh rakaat (Maghrib dan
'Isyak) dengan menjamakkan keduanya, iaitu beliau menunda (mentakhirkan)
sembahyang Zuhur pada akhir wakktunya dengan mensegerakan 'Asar. Dan menunda
sembahyang Maghrib (takhir) dan mensegerakan sembanyang setelah wakut
'Isyak". H/R an Nasaii

 "Dari Mu'az beliau berkata : Pada suatu ketika Nabi mentakhirkan
sembahyangnya di waktu perang Tabuk dan pergi keluar, kemudian menunaikan
sembahyang Zuhur dan 'Asar secara jamak, setelah itu beliau masuk, kemudian
beliau pergi lagi dan menunaikan sembahyang Maghrib dan 'Isyak secara jamak
(takhir)". H/R Malik di dalam Muata'.
MENJAMAK SEMBAHYANG KERANA HUJAN LEBAT
 Dibolehkan menjamak sembahyang semasa turunnya hujan lebat walaupun bukan
dalam musafir atau sakit, sebagaimana hadith Nabi Muhammad saw:-
 "Sesungguhnya Nabi saw menjamakkan sembahyang Maghrib dan 'Isyak di suatu
malam yang turun hujan lebat". H/R al Bukhari.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar